Inilah kipas yang saya gunakan setiap hari dalam bilik.
Fungsi kipas ini bukan sahaja membantu pada cuaca yang panas tetapi juga memainkan peranan "laptop cooler"...
Sejak saya memiliki laptop, cooler sentiasa rosak. Oleh demikian, saya menggunakan kipas ini sebagai cooler.
Kesannya jauh lebih baik dari cooler laptop.
Selain itu, saya juga amat tidak suka cuaca panas, terutamanya pada malam, masa yang hendak tidur.
Jika saya berasa panas, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak...
Khususnya cuaca di UUM juga sentiasa bercuaca panas, dan kipas dalam bilik yang disediakan juga tidak cukup.
Nasib baik terdapat kipas ini, ia membolehkan saya menempuh kesukaran kehidupan di UUM.
Akhirnya, ia menjadi satu benda yang amat penting kepada saya dan saya tidak boleh membayangkan kehidupan saya tanpa ia.
Loo Yeou Yaw 128519
No comments:
Post a Comment